Senin, 12 Januari 2009

DO YOU KNOW

Singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.

Singa-singa hidup selama lebih kurang 10-14 tahun di dalam hutan belantara, manakala dalam penawanan, haiwan ini boleh hidup melebihi 20 tahun. Singa amat suka bergaul, berbanding dengan kucing-kucing yang lain. Sekawanan singa terdiri daripada sekawanan singa betina dan anak-anak berkait serta sebilangan kecil singa jantan dewasa. Kawanan singa ini sangat menjaga wilayahnya. Anak-anak singa jantan yang telah dewasa akan diusir. Singa betina lazimnya memburu secara berkumpulan,dan biasanya memburu ungulat-ungulat besar seperti kuda belang, kerbau, zirafah, badak air dan juga gajah muda. Singa adalah benar-benar pemangsa, walaupun haiwan ini juga mencari-cari makanan jika terdapat peluang. Sedangkan singa pada umumnya tidak memburu manusia, sesetengahnya diketahui menjadi pemakan manusia dan mencari-cari mangsa manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar